Kewujudan Makhluk Halus




Sekiranya kita merujuk kepada Al Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW, kita akan menemui istilah yang sama, Al Quran menyebut syaitan atau syayatiin, jin atau jinnah, qarin, iblis, ifrit dan sebagainya. Semua istilah ini merujuk kepada wujudnya makluk halus ataupun roh jahat yang menggangggu manusia dengan pelbagai cara

Malahan dalam surah Al- Ahqaf Ayat 29,Allah SWT berfirman:


Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar Al-Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain): "Diamlah kamu dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya!" Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyiarkan ajaran Al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran (Al-Ahqaaf 46:29)

Jadi kesimpulannya makluk halus itu memang wujud dan wajib dipercayai. Tidak mempercayai Al Quran boleh membawa kepada kerosakan akidah


Lagi Pautan Menarik :