Nabi Adam Dipengaruhi Tipudaya Iblis

Iblis telah menggoda dan mempengaruhi Nabi Adam dan Hawa supaya  makan pohon yang telah
dilarang oleh Allah SWT.Peristiwa inilah yang telah menjadi punca keduanya dikeluarkan dari syurga
dan bumi menjadi tempat kediamannya serta anak cucunya iaitu kita semua.

Allah SWT telah menyatakan didalam Al-Quran:
"Dan wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam Syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim".Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) ia menampakkan kepada mereka
akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka,sambil ia berkata: "Tidaklah
Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Ia tidak suka)
kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga)".Dan ia bersumpah kepada keduanya (dengan berkata):"Sesungguhnya aku adalah dari mereka
yang memberi nasihat kepada kamu berdua".Dengan sebab itu dapatlah ia menjatuhkan mereka berdua
(ke dalam larangan) dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah
kepada mereka berdua aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun
(dari) Syurga. Serta Tuhan mereka menyeru mereka: "Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu, dan Aku katakan kepada kamu, bahawa Syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata?"Mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi".Allah berfirman: "Turunlah kamu semuanya, dengan keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain, dan bagi kamu disediakan tempat kediaman di bumi, dan juga diberi kesenangan hingga ke suatu ketika (mati)".(Al-Quran,Surah Al-A'raaf Ayat 19-24)

Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan
tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)".
(Al-Quran,Surah Al-Baqarah Ayat 36)