Solat Sunat Dhuha

Solat dhuha adalah sembahyang sunat 2 rakaat atau lebih. Maksimanya ialah 12 rakaat.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلَاثٍ بِصِيَامِ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَرْقُدَ
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah S.A.W. bersabda, "Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah S.A.W.) tiga macam pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, sembahyang dhuha 2 rakaat dan sembahyang witir sebelum tidur" (Riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani).

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ صَلَّى الضُّحَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً بَنَى اللَّهُ لَهُ قَصْرًا مِنْ ذَهَبٍ فِي الْجَنَّةِ
Daripada Anas bin Malik, Rasulullah S.A.W. bersabda,"Barang siapa sembahyang dhuha 12 rakaat, Allah akan membuat baginya istana daripada emas di syurga" (Riwayat Tirmidzi & Ibnu Majah)

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:
"Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan."

Rasulullah S.A.W. bersabda lagi,
"Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat."

Di dalam hadis yang lain pula diterangkan seperti berikut:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ:"إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا، يُقَالُ لَهُ: الضُّحَى، فَإِذَا كَانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ نَادَى مُنَادٍ: أَيْنَ الَّذِينَ كَانُوا يُدِيمُونَ عَلَى صَلاةِ الضُّحَى؟ هَذَا بَابُكُمْ فَادْخُلُوهُ بِرَحْمَةِ اللَّهِ
Dari Abu Hurairah RA dari Rasulullah S.A.W, beliau bersabda : "Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, "Dhuha." Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah." Al-Tabrani

Niat Solat Dhuha

أصَلِّي سُنَّةَ الضُحَى رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Selepas Solat Baca

سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيُّ الْعَظِيمِ عَدَدَ خَلَقِ اللَّهِ وَبِدَوَامِ مُلُكِ اللهِ
"Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan yang lain melainkan Allah, Allah yang Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Besar, pujian sebanyak bilangan ciptaan Allah dan selama kekalnya Kekuasaan Allah"

Doa :
اللَّهُمَّ إِنَّ الضُّحَاءَ ضُحَاءُكَ وَالْبَهَاءَ بَهَائُكَ وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ . اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ رِزْقِي فِي الْسَمَاءِ فَأَنْزِلْهُ وَإِنْ كَانَ فِيْ الأَرْضِ فأَخْرِجْهُ وَإِنْ كَانَ مَعْسِرًا فَيَسِّرْهُ وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَإِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِي مَا أَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ
"Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu, cahayanya cahayaMu, kerinduannya kerinduanMu, kekuatannya kekuatanMu, ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkannya jika ada di bumi keluarkannya.  Jika cahaya jauh pendekatannya dan jika ada hampir maka permudahkannya dengan kebenaran dhuhaMu, cahayaMu, kekuatanMu dan kesucianMu, berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh,"

Lagi Pautan  Menarik SeluasLautan.Com :

Semoga perkongsian kali ini dapat memberikan sedikit info yang
bermanfaat sempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini.Saya
ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan AL-Mubarak dan Selamat
Berpuasa kepada anda kerana [Baca Lagi]

Adakah Usus Anda Bertoksik?? Toksin di usus besar memberikan
sumbangan lebih daripada 90% daripada pelbagai masalah kesihatan,
termasuk kepenatan,daya ingatan lemah, mulut berbau, retensi air,
berjerawat dan penuaan awal  [Baca Lagi]

Nabi Adam a.s adalah manusia pertama yang diciptakan Allah dan
ditempatkan di dalam syurga sebelum dihantar ke dunia dan menjadi
manusia pertama yang menghuni bumi ini.Mengapa manusia pertama
diciptakan Allah lelaki? hanya.[Baca Lagi]

Solat yang kusyuk ialah mereka yang sentiasa sedar dan menghayati
segala pengertian dari setiap kalimah yang diucapkan didalam solatnya.
Orang yang lalai ketika menunaikan solat seolah-olah mereka tidak
merasa gerun dan takut mela.[Baca Lagi]

Wuduk menurut hukum bermaksud membersihkan anggota wuduk untuk menghilangkan hadas kecil dengan menggunakan air.Wuduk merupakan
syarat sah solat.Oleh sebab itu,diharuskan untuk kita semua berwuduk
dengan sempurna.Lafaz niat.[Baca Lagi]

Ramai saintis yang belum beragama islam memikirkan tentang kejadian
ciptaan  di sekeliling mereka oleh yang Maha Mencipta dan tercari-cari
siapa yang mencipta.Sebenarya segala persoalan dan pertanyaan mereka
telah pun mempunyai jawap.[Baca Lagi]

Sebelum sesebuah keluarga dibentuk,islam telah menetapkan terlebih
dahulu pertimbangan dalam mencari pasangan dengan tujuan untuk
menjamin kesejahteraan.Rasulullah SAW melarang kecantikan dan
kekayaan menjadi ukuran se.[Baca Lagi]

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah S.A.W. bersabda,"Telah berpesan
kepadaku temanku (Rasulullah S.A.W.) tiga macam pesanan: Puasa 3
hari setiap bulan, sembahyang dhuha 2 rakaat dan sembahyang witir
sebelum tidur"(Riwayat Bu.,.[Baca Lagi]

Jika tujuan diadakan persandingan mengikut adat ialah untuk
memperkenalkan kepada ahli keluarga dan orang ramai kedua-dua pengantin,Maka persandingan harus dengan syarat tidak melibatkan
perkara yang jelas bertentan. [Baca Lagi]


Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail
meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil
keduanya berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Terimalah
daripada kami (amal kami....[Baca Lagi]


Konsep kesempurnaan ini dikenali sebagai syumuliyah.Islam
merupakan nikmat yang paling agung yang dikurniakan Allah
kerana ajaran islam adalah menyeluruh meliputi segala sudut
kehidupan manusia.Selain it. [Baca Lagi]

Dengan nama Allah,Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.
(Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami!
Janganlah Engkau mengirak. [Baca Lagi]

Terdapat pelbagai peristiwa telah dijelaskan dalam Al- Quran,antaranya
Surah Saad Ayat 41,Maksudnya: Dan [ingatlah peristiwa] hamba kami;
Nabi Ayub ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata : Sesungguhnya aku diganggu  [Baca Lagi]