(Gambar Sebagai Hiasan)
Nabi Adam a.s adalah manusia pertama yang diciptakan Allah dan ditempatkan di dalam syurgasebelum dihantar ke dunia dan menjadi manusia pertama yang menghuni bumi ini.Mengapa manusia
pertama diciptakan Allah lelaki? hanya Allah Yang Maha Mengetahui hikmahnya.Bagaimanapun kita diberikan akal oleh Allah untuk mempelajari kesemua hikmah kejadian alam ini.Allah tidak jadikan
wanita sebagai manusia pertama menjadikan lelakilah yang akan diamanahkan bertanggungjawab keatas kaum wanita.
(Gambar Sebagai Hiasan)
Dengan memerhati setiap kejadian Allah yang telah diciptakan berpasangan,kita pasti memahami mengapa manusia dijadikan lelaki dan wanita.Kedua-dua ciptaan ini mempunyai sifat kemanusiaan yang sama tetapi mempunyai perwatakan dan naluri yang berbeza.Lelaki diciptakan dengan perwatakan yang lebih keras dan wanita Allah ciptakan dengan perwatakan lemah gemalai.Gerak langkah lelaki melambangkan kekuatan dan gerak langkah wanita pula melambangkan keindahan.Sifat-sifat tersendiri yang ada pada lelaki dan wanita ini menunjukkan bahawa kekuatan lelaki dijadikan sebagai pelindung kepada wanita.Lelaki bertanggungjawab mengawal dan mentadbir rumahtangga yang terdiri daripada isteri dan anak-anak samada dari segi makanan,pakaian,tempat tinggal,keamanan dan lain-lain.Persaudaraan di antara lelaki dan wanita telah disebutkan Allah didalam Al-Quran.
Firman Allah:
Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka(manusia), ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.(Surah YaaSiin ayat 36)
Lagi Pautan Menarik :