Khasiat Buah Pisang



Kajian menunjukkan buah pisang mempunyai pelbagai khasiat yang baik untuk kesihatan manusia. Pisang mengandungi gula sperti glukosa, fruktosa dan sukrosa. Kandungan serat yang terdapat di dalamnya juga telah menyebabkan pisang amat sesuai dijadikan sebagai sumber tenaga segera. Oleh sebab itulah, pisang sering menjadi pilihan para atlet untuk dimakan bagi menambahkan tenaga sewaktu menjalani latihan.

Ðengan memakan pisang dikatakan mampu memperbaiki mood seseorang dan mampu juga mengurangkan tekanan dan kemurungan kerana mengandungi tryptophan,sejenis asid amino yang boleh ditukarkan kepada serotonin

Buah pisang juga kaya dengan fruktooligosakarid,sejenis sebatian yang memberi khasiat bakteria baik dalam usus besar. Bakteria baik ini menghasilkan enzim yang meningkatkan kebolehan pencernaan dan melindungi diri daripada jangkitan bakteria tidak tidak baik. Bakteria baik ini juga dikatakan mampu meningkatkan kebolehan tubuh untuk menyerap kalsium.

Buah pisang juga mampu membantu mereka yang ingin berhenti merokok. Ini adalah kerana ia mengandungi vitamin B6 dan B12, kalium dan magnesium yang mampu membantu tubuh sembuh daripada kesan penarikan nikotin

Al-Quran juga menyebut pisang sebagai salah satu buah-buahan syurga ini boleh 
dirujuk dari surah (Al-Waaqi'ah ayat 28-30) seperti berikut:
Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri.(Al-Waaqi'ah 28)
Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya,(Al-Waaqi'ah 29)
Dan naungan yang tetap terbentang,(Al-Waaqi'ah 30)