Tips bagi yang ingin bersanding

Gambar Sekadar Hiasan

       Jika tujuan diadakan persandingan mengikut adat ialah untuk memperkenalkan kepada ahli keluarga dan orang ramai kedua-dua pengantin.Maka persandingan harus dengan syarat tidak melibatkan perkara yang jelas bertentangan dengan agama Islam diantaranya seperti (persandingan yang tidak menutup aurat dihadapan lelaki ajnabi dan wanita ajnabiah,mengadakan upacara bertepung tawar dan Penggunaan beras kunyit,jampi mentera semasa berandam,atau ketika mendirikan pelamin kononnya dapat memberi semangat kepada pengantin, terhindar dari nasib buruk dan dapat menghalau dari diganggu segala jenis gangguan,membuang bulu kening,mengikir gigi dalam upacara berandam,berhias untuk membuat penampilan kepada orang ramai sehingga tidak menghiraukan lagi batasan syara’ dalam perhiasan diri seperti pengantin lelaki dipakaikan emas dan sutera, pengantin perempuan berpakaian membuka aurat dan bertabarruj secara jahiliyyah.Jika perkara sebegini dilakukan maka hukumnya jelas HARAM.


Firman Allah taala di dalam surah al-Nur ayat 31:
       Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.(An-Nuur Ayat 31)


"Diriwayatkan daripada Saidina Abu Hurairah r.a. katanya:
Sabda Baginda s.a.w. : Sesiapa yang mendatangi dukun dan bomoh ,malah membenarkan apa yang disebutkan oleh dukun atau bomoh tersebut,Sesungguhnya (orang-orang yang mendatangi bomoh dan dukun sebegini) telah mengingkari apa yang diwahyukan kepada Baginda sallallahu alaihi wasallam."

Dan turutlah akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Tuhanmu, (dan janganlah menurut adat resam Jahiliyah); sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
(Al-Ahzaab Ayat 2). 

   Moga artikel ini dapat memberi manfaat kepada semua. Bersama-sama kita berusaha mengejar keredhaan & Keberkatan dari allah.Sesungguhnya gaya hidup mengikut apa yang telah diajarkan dalam Al-Quran & As-Sunnah adalah yang terbaik.Tinggalkanlah adat-adat resam yang jelas menyalahi kehendak islam.Moga kita semua mendapatan ganjaran pahala dan balasan yang mulia kelak.(Tokmat)

Lagi Pautan Menarik :