Tips Menternak Udang Galah Air tawar

                  Penternakan udang galah sebenarnya sangat mudah sehingga dapat dilakukan oleh sesiapa sahaja termasuk bagi penternak yang baru.Selain daripada teknik penternakan yang sederhana,kos pembiayaan pemeliharaannya turut murah.selain daripada sifat yang boleh menyesuaikan diri,udang galah air tawar juga mampu bertahan berjalan didaratan tanpa air dalam tempoh masa yang panjang.Sifat-sifat ini telah mengurangkan udang galah kepada risiko serangan penyakit.Terdapat dua kaedah yang boleh dijalankan untuk menternak udang galah air tawar iaitu melalui kaedah pembenihan atau pembelian induk udang galah daripada pusat pembenihan udang galah air tawar.Teknik pertama dapat dilakukan melalui proses persenyawaan induk jantan dengan induk betina.Induk ini boleh diperlolehi dari penternak yang menjalankan perniagaan menghasilkan benih udang galah atau mendapatkan induk yang berkualiti daripada penternak udang galah yang lain.

              Teknik kedua tersebut lebih sesuai dilakukan kerana dapat meghindari daripada risiko kegagalan dalam proses pembenihan.Pada dasarnya,pembesaran udang galah jauh lebih mudah daripada pembenihannya.Keuntungan penternakan udang galah air tawar banyak bergantung kepada teknik dan strategi penternakan,pembesaran udang galah,pembiakan,pemasaran,serta pengeluaran modal yang berkesan.Salah satu contoh strategi yang dapat digunakan oleh penternak adalah dengan menjalankan proses pengutipan secara berperingkat iaitu pengutipan semasa peringkat benih,peringkat induk,peringkat udang galah untuk dipasarkan dan pengutipan udang galah hiasan megikut kehendak atau keperluan pengguna.Oleh yang demikian,pusingan modal akan berlaku secara berterusan 
penternak dapat meggunakan hasil jualan benih dan induk bagi keperluaan asas seperti membeli makanan bagi udang tersebut.