Wuduk menurut hukum bermaksud membersihkan anggota wuduk untuk menghilangkan hadas kecil dengan menggunakan air.Wuduk merupakan syarat sah solat.Oleh sebab itu,diharuskan untuk kita semua berwuduk dengan sempurna.
Lafaz niat wuduk seperti berikut:
Maksudnya:Sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana Allah Taala.
1.Niat(Sewaktu membasuh muka)
2.Membasuh muka (kawasan bermula dari tumbuhnya rambut kepala sampai
dibawah dagu dan dari telinga kanan sampai ke telinga kiri)
3.Membasuh kedua tangan hingga ke siku.
4.Menyapu air pada sebahagian kepala
5.Membasuh kedua belah kaki.
6.Tertib(Berturut-turut,ertinya mendahulukan yang dahulu dan mengakhirkan yang akhir)
Dari Usman bin Affan r.a. katanya :
"Bersabda Rasulullah s.a.w. : "Barang siapa yang berwudhu' dengan sempurna, keluarlah dosa-dosanya dari seluruh tubuhnya bahkan dari bawah kuku-kukunya." Hadis sahih riwayat Muslim
Bacaan Doa Selepas Berwuduk:
Maksudnya:Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang esa,tidak ada yang menyekutui-Nya dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah hamba-Nya dan pesuruh-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku daripada orang bertaubat, dan jadikanlah aku daripada orang yang menjaga kebersihan.Jadikanlah aku daripada hambaMu yang soleh.
Lagi Pautan Menarik :