Khasiat Cordyceps

Petikan:Berita Harian ( 21 Feb 2002 )
Walaupun perubatan moden menjadi pilihan utama, namun masyarakat seluruh dunia tanpa mengira bangsa masih mengamalkan herba dan ramuan tradisional untuk kesihatan tubuh badan. Mereka mengetahui mengenai berbagai faedah daripada amalan ini yang sudah digunakan sejak datuk nenak masing-masing. Cuma bezanya ialah jenis herba yang digunakan.

Bagi masyarakat Cina, sejenis herba yang diamalkan dalam pemakanan iaitu Cordyceps atau carterpillar fungus dikatakan banyak memberi khasiat.

Herba ini banyak ditemui di sekitar Gunung Szechuan dan Qinghai, China serta daerah lain di atas paras 11,000 kaki.

Herba itu juga dikenali sebagai Dong Chong Xia Cao iaitu pada musim sejuk. Ia adalah sejenis kulat dan bertukar menjadi sejenis rumput pada musim panas.

Dulu, ia hanyalah makanan yang hanya mampu dibeli maharaja Cina dan golongan atasan disebabkan kuantitinya yang kurang dan mahal.

Selepas rumput berwarna perang hitam itu dipetik, ia akan diersihkan dan dikeringkan di bawah matahari sebelum dijual di pasaran tempatan.

Cordyceps mengandungi asid cordycepic, cordycepin, asid amino, asid glutamic, karbohidrat dan vitamin B12.

Presiden Persatuan Tabib Cina Profesional Malaysia, Prof Koh Nang Choong, berkata dalam perubatan Cina, ia adalah sejenis herba yang berkesaan untuk peredaran darah, sistem pernafasan dan kemandulan.

“Cordyceps juga boleh dianggap sebagai tonik kesihatan umum disebabkan keupayaannya meningkatkan daya ketahanan, kekuatan, selera makan dan mengubati penyakit kurang tidur.

“ Ia juga digunakan untuk merewat batuk, radang paru-paru, batuk kering, hidung sensitif dan sakit belakang.

“ Selain itu, ia juga berfungsi untuk menguatkan buah pinggang, paru-paru, meningkatkan penghasilan sel manusia dan merawat penyakit asma, anemia serta tekanan darah tinggi” katanya ketika ditemui di kliniknya di Pudu, ibu negara, baru-baru ini.

Beliau berkata, herba itu sesuai dimakan oleh semua peringkat umur dan tidak akan mendatangkan sebarang kesan sampingan jika kerap digunakan, sebaliknya ia boleh membantu mengurangkan kandungan kolesterol, melambatkan proses penuaan dan boleh mengurangkan keletihan

Laporan atlit China yang pernah menggunakan Cordyceps sebagai diet tambahan, mereka dikatakan mendapat hasil yang luar biasa apabila berjaya memecahkan rekod dunia dalam acara 10,000 , 3,000 dan 1,500 meter pada Kejohanan Dunia Acara Padang dan Olehraga di Jerman tahun 1993.

Dr Koh berkata, dengan adanya teknologi canggih, Cordiceps kini boleh didapati dalam bentuk ubat cecair, pil dan makanan segera seperti pati ayam.

Beliau berkata, disebabkan kedudukan geografi dan suhu, ubat cecair dan pil Cordyceps biasanya diproses di tempat asalnya bagi mengekalkan keasliannya.

Selain itu, katanya, orang ramai khasnya golongan tua leih suka menggunakan Cordyceps untuk membuat sup.

“Herba ini rasanya ada sedikit masam dan wangi. Biasanya ia digunakan untuk memasak sup yang dicampur dengan ayam, kurma merah dan limau kasturi” katanya.

Bagaimanapun beliau menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati daripada tertipu dengan ubat palsu yang mencampurkan tepung gandum dan kulat.

Peniaga herba, Tey Guan Hah berkata, harga runcit bagi Cordyceps ialah RM 667 bagi 100 gm dan RM 250 bagi 38 gm.

Beliau berkata, disebabkan kelembapan ekonomi, jualan ubat itu berkurangan dan ramai yang lebih suka membeli pati ayam atau pati herba yang dicampur sarang burung.

“ Cara ini lebih senang kerana ia boleh dimakan segera dan harganya jauh lebih murah” katanya.

Katanya, harga herba itu mahal disebabkan kuantitinya yang kurang iaitu Cuma boleh didapati setahun sekali dan tidak boleh ditanam kerana ia tumbuh secara semulajadi.



Anda Mungkin Juga Meminati :

Sebelum sesebuah keluarga dibentuk,islam telah menetapkan terlebih
dahulu pertimbangan dalam mencari pasangan dengan tujuan untuk
menjamin kesejahteraan.Rasulullah SAW melarang kecantikan dan
kekayaan menjadi ukuran semata-mata dalam memilih isteri tetapi hendaklah memilih yang berpegang kepada agama..[Baca Lagi]

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah S.A.W. bersabda,
"Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah S.A.W.) tiga macam pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, sembahyang dhuha 2 rakaat dan sembahyang witir sebelum tidur" (Riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani)...[Baca Lagi]

Jika tujuan diadakan persandingan mengikut adat ialah untuk memperkenalkan kepada ahli keluarga dan orang ramai
kedua-dua pengantin,Maka persandingan harus dengan
syarat tidak melibatkan perkara yang jelas bertentangan dengan
agama Islam diantaranya seperti.. (Baca Lagi)



Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail
meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Terimalah
daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui (Al Baqarah 127). (Baca Lagi)


Konsep kesempurnaan ini dikenali sebagai syumuliyah.Islam
merupakan nikmat yang paling agung yang dikurniakan Allah
kerana ajaran islam adalah menyeluruh meliputi segala sudut
kehidupan manusia.Selain itu,islam juga mementingkan jihad dan
dakwah.Kesempurnaan ini juga jelas.. [Baca Lagi]


Dengan nama Allah,Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.
(Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami!
Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami
tersalah.Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau .. [Baca Lagi]


Terdapat pelbagai peristiwa telah dijelaskan dalam Al-Quran,antaranya
Surah Saad Ayat 41,Maksudnya: Dan [ingatlah peristiwa] hamba kami;
Nabi Ayub ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata : Sesungguhnya aku diganggu oleh syaitan dengan (hasutannya semasa
aku ditimpa) kesusahan & azab seksa (penyakit) [Baca Lagi]