Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah
dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah
seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan
hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun
(cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah),Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu
lakukan.(Al-Quran,Surah Al-Baqarah Ayat 265) |
Dan kalau kamu memberi pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas),
nescaya Allah akan melipat gandakan balasanNya kepada kamu serta mengampunkan
dosa-dosa kamu; dan Allah amat memberi penghargaan dan balasan kepada golongan
yang berbuat baik, lagi Maha Penyabar (untuk memberi peluang kepada golongan yang
bersalah supaya bertaubat).(Al-Quran,Surah At-Taghaabun Ayat 17)
Lagi Pautan Menarik :