Waktu Terbaik Solat Taubat

"Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat,serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.
(Al-Quran,Surah Az-Zumar 39:54) 

Secara ringkasnya,waktu solat taubat boleh dilakukan bila-bila masa saja.Samada waktu siang atau malam dan juga boleh dilakukan sebaik saja selepas melakukan dosa.Bersegeralah beristigfar dan solat taubat setelah melakukan dosa untuk memohon keampunan dibimbangi jika ditangguh nanti hati kita akan semakin keras ataupun kita mati sebelum sempat bertaubat.

Jadi , tidak ada waktu khusus yang ditetapkan untuk melakukan solat taubat.Kerana ia boleh dilakukan
di siang hari ataupun pada waktu malam.Walaupun begitu,ia digalakkan dikerjakan pada waktu malam.Misalnya dua pertiga malam ataupun waktu sahur.Ini adalah kerana ingin mencari suasana atau keadaan tenang dan lebih sunyi supaya kita lebih kusyuk untuk mengerjakannya.

Biasanya pada waktu siang terdapat banyak gangguan,samada suara dari luar rumah atau anak-anak kita bermain didalam rumah.Dengan suasana keadaan waktu malam yang sunyi akan menyebabkan kita lebih kusyuk untuk solat dan juga beristigfar selepas selesai solat.Sebaik-baiknya kita merenung kembali segala dosa dan kesilapan kita sehingga menitiskan air mata.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap
diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari
rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua
Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Quran,Surah Az-Zumar 39:53)

Berusahalah Solat Seperti Rasulullah s.a.w , pada waktu mengerjakan solat sunat pada malam hari  selalu sejadah ataupun tempat sujud baginda basah disebabkan air mata baginda yang suci walaupun Baginda maksum dari melakukan dosa

Allah Telah memerintahkan dengan jelas dalam Al-Quran supaya kita bertaubat,
sebagaimana firman Nya dalam Surah At-Tahrim Ayat 8  seperti berikut :
Maksudnya :Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan " Taubat 
Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan 
memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah 
tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya 
(iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka 
(semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam 
gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami,dan limpahkanlah 
keampunan kepada kami;sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap2 sesuatu".(At-Tahriim 8)

Lagi Pautan Menarik :