tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).(Al-Quran,Surah Hud 11:6)
Disaat sibuk mengejar kemewahan dan kekayaan semoga kita sama2 tidak lupa semuanya
adalah dari Allah SWT.Carilah rezeki dengan cara yang halal dan usah bersedih jika hasil yang kita
dapat tidak seperti mereka kerana setiap kemewahan dan kesusahan itu adalah pemberian dan ujian
dari Allah SWT.Jadikanlah rezeki yang sedikit ataupun kekayaan itu sebagai salah satu "sebab"
mendekatkan diri kita pada Allah SWT.Jangan sesekali kita mendabik dada mengatakan "Aku kaya
kerana Aku hebat", "Anda Kaya Kerana Anda Hebat" dan menghina atau mengeji orang yang susah.
Mungkin dimata kita lihat mereka susah tapi tidak bermakna mereka tidak hebat.Mungkin ada yang menghina kesusahan dan kemiskinan mereka tapi siapa tahu mungkin juga kedudukan mereka
dihadapan Allah SWT jauh lebih mulia.
"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit..(Al-Quran,Surah Taha 20:124)
Betapa ramai yang kita boleh lihat orang yang sebelum ini kaya,rezekinya melimpah,dikurniakan
tubuh badan yang sihat.Kemudian dia berpaling dan lupa,melakukan dosa-dosa besar dan menjadikan
kekayaan itu sebagai punca menjauhkan diri kepadaNYA.Kemudian Allah SWT mencabut kesihatan
dan keluasan rezekinya,menimpakan kemiskinan,mencampakkan kedalam hatinya kesedihan dan kegelisahan,sehingga dia selalu ditimpa kesusahan demi kesusahan,bencana demi bencana.
Sesungguhnya kesusahan ini juga adalah ujian supaya kita kembali mengingati Allah SWT.Setiap kali
apabila ditimpa masalah dalam kehidupan,kita akan menyedari kelemahan dan hakikat diri sebagai
seorang hamba diatas muka bumi ini.Ingatlah janji Allah kepada mereka yang bersabar dan bertaqwa bahawa pasti ada jalan keluar untuk setiap masalah yang hadapi.Insya Allah.
Firman Allah SWT yang bermaksud: " Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah maka untuknya diberi jalan keluar dalam setiap masalah yang dihadapi dan diberikan rezekinya untuknya daripada jalan yang tidak disangka-sangka. (Al-Quran,Surah at-Talaq:2)"
Lagi Pautan Menarik :