Kelahiran Nabi Muhammad SAW

(Kota Makkah Adalah Tempat Kelahiran Nabi Muhammad SAW)

                Nabi Muhammad SAW dilahirkan ditengah-tengah Kota Makkah pada hari isnin,12 Rabiulawal bersamaan 20 April 570  M iaitu pada Tahun Gajah.Tahun dimana penyerangan keatas Baitillah il-Haram oleh pasukan tentera Raja Abrahah.Baginda dilahirkan dalam keadaan yatim setelah ayahnya Abdullah Bin Abdul Mutalib wafat semasa baginda berusia 2bulan didalam kandungan.

Peristiwa Menarik Semasa Kelahiran Nabi Muhammad SAW
               Pada waktu subuh hari kelahiran baginda,keadaan Makkah dan sekelilingnya berada
dalam keadaan damai dan tenang.keadaan kota makkah yang damai seolah-olah menyambut
ketibaan tetamu agung yang tidak pernah dirasai oleh penduduk  Makkah sebelum ini.Kelahiran
bayi ini disambut dengan sukacita oleh keluarga Bani Hasyim .Di negeri Parsi,kelahiran Muhammad
bin Abdullah memadamkan api-api keramat kaum majusi di kuil-kuil yang selama seribu tahun tidak terpadam semenjak dihidupkan.Kelahiran Nabi Muhammad SAW menggoyangkan tiang-tiang utama
Istana Qisra Rumawi dan menyebabkan menaranya roboh.Ketika lahir didunia,baginda berkata
"Allahu Akbar,Alhamdulillah..DIAlah Allah Yang Harus Disembah Siang Dan Malam."
          Semua peristiwa itu adalah kehendak Allah Swt ,lebih-lebih lagi berkenaan kelahiran Nabi Muhammad Saw juga ada diceritakan didalam Kitab Taurat dan juga Kita Injil.Allah Swt juga telah menyatakan didalam Al-Quran,surah as-Shaff Ayat 6 seperti berikut;

Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa ibni Maryam berkata: "Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku - bernama: Ahmad". Maka ketika ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: "Ini ialah sihir yang jelas nyata!"(As-Saff 61:6)

Lagi Pautan Menarik :