Bukti Kekuasaan Allah

(Gambar Sekadar Hiasan)
Ramai saintis yang belum beragama islam memikirkan tentang kejadian ciptaan  di sekeliling mereka oleh yang Maha Mencipta dan tercari-cari siapa yang mencipta.Sebenarya segala persoalan dan pertanyaan mereka telah pun mempunyai jawapan yang tersirat disebalik kata-kata Allah didalam Al Quran.Diantara sebahagian petikan dari Al Quran berkaitan penciptaan alam semesta seperti berikut.


Surah Al-Ghaasyiyah Ayat 17-21:
(Mengapa mereka  masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan 
keadaan unta bagaimana ia diciptakan?(Surah Al-Ghaasyiyah Ayat 17)
Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya.?(Surah Al-Ghaasyiyah Ayat 18)
Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan?(Surah Al-Ghaasyiyah Ayat 19) 
Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan?(Surah Al-Ghaasyiyah Ayat 20) 
Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad, kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya),kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan;
(Surah Al-Ghaasyiyah Ayat 21) 


Surah Al-Mu'minuun Ayat 79-80: 
Dan Dia lah yang menciptakan serta mengembangkan kamu di bumi, dan kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan.(Surah Al-Mu'minuun Ayat 79) 
Dan Dia lah yang menghidupkan dan mematikan; dan Dia lah yang menentukan pertukaran malam dan siang. Maka tidakkah kamu mahu berfikir?(Surah Al-Mu'minuun Ayat 80) 


Surah A-li'Imraan Ayat 190-191: 
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada 
tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;
(Surah A-li'Imraan Ayat 190) 

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi(sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia,
Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.(Surah A-li'Imraan Ayat 191).


Semoga Bermanfaat(Tokmat).


Lagi Pautan  Menarik SeluasLautan.Com :