Lembu Baka Brahman

     Lembu ini berasal dari India dan merupakan keturunan lembu tropik(Bos Indicus).Lembu ini dikembangbiak dengan baik di Amerika Syarikat kerana corak penternakan dan sistem kacukan yang terawal serta mempunyai penampilan yang lebih menarik berbanding dengan lembu Brahman di negara asalnya di INdia.Baka lembu ini dieksport ke Australia dan seterusnya dikacuk dngan lembu yang berasal dari negara eropah.Sistem pembenihan lembu yang berlaku menyebabkan para pengeluar dan pengimport akan menentukan peratus benih lembu yang dijual.
       Baka lembu Brahman yang telah dikahwinkan di Australia merupakan baka jantan yang banyak digemukkan di Malaysia.baka australia ini dekenali sebagai Australian Brahman Cross (ABC) yang turut dilengkapi dengan sijil yang menentukan peratus genetik setiap baka.Walaupun ia telah dikahwinkan di negara empat musim seperti Di Amerika Syarikat dan Australia namun lembu ini mampu untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru di negara beriklim tropika  tahan akan gigitan anjing.Pertumbuhan lembu ini yang sangat cepat telah menjadikan lembu ini sebagi lembu yang unik di negara-negara beriklim tropika.

Lagi Pautan  Menarik SeluasLautan.Com :