Diabetes: Mangsa dan Simptom



Diabetes merupakan salah satu ancaman kepada rakyat Malaysia. Statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan bahawa sebanyak 300 juta orang di seluruh dunia dijangka menghidap diabetes pada tahun 2025 dan satu pertiga daripada jumlah tersebut merupakan pesakit daripada Asia Tenggara.

Antara golongan yang cenderung menghidap diabetes ialah:
-Kumpulan etnik yang berisiko tinggi: African American, Hispanic, Asian, atau Native America
-Tekanan darah yang tinggi ( Hypertension)
-Kandungan HDL (kolestrol yang baik) rendah
-Kandungan ‘triglycerides’ yang tinggi dalam tubuh
-Sejarah keturunan keluarga yang pernah menghidap diabetes
-Diabetes sewaktu mengandung

Antara simptom-simpton yang dialami oleh pesakit diabetes:

-Kerap membuang air kecil dan dahaga

Glukosa yang terdapat dalam urin boleh menyebabkan kandungan air dalam darah menyerap keluar sekaligus menyebabkan penghasilan urin yang banyak. Oleh sebab itulah, pesakit kerap membuang air kecil. Apabila air berkurangan dalam darah akibat kandungan glukosa yang tinggi dalam urin, pesakit akan merasa dahaga dan kerap minum air bagi menggantikan air yang hilang dari tubuh.

-Penglihatan menjadi kabur

Kandungan glukosa yang tinggi dalam tubuh menyebabkan pengambilan air oleh pesakit bertambah. Oleh itu, ia menyebabkan pembengkakan lensa mata sekaligus menghalang cahaya daripada fokus di tempat yang betul. Maka, penglihatan akan menjadi kabur.

-Sangat lapar
Keadaan ini berlaku apabila sel otot tidak mendapatkan tenaga yang mencukupi dalam bentuk glukosa. Oleh itu, pesakit akan mengalami kelaparan.

-Keletihan
Tanpa hormon insulin yang mencukupi ataupun hormon insulin dalam tubuh kurang berkesan, glukosa tidak dapat menyerap masuk ke dalam sel terutama sel otot kerana proses penyerapan glukosa ke dalam sel bergantung kepada hormon insulin. Oleh itu, proses tertentu yang memerlukan glukosa sebagai sumber utama untuk menghasilkan tenaga tidak dapat berlaku.

-Berat badan berkurangan

Insulin juga merupakan hormon pembina. Kekurangan hormon insulin dalam tubuh badan boleh menyebabkan berat badan berkurangan. Sel otot juga akan berkurangan. Apabila glukosa tidak dapat menghasilkan tenaga akibat kekurangan hormon insulin, lemak akan menjadi sumber tenaga alternatif. Namun, kebanyakan pesakit mempunyai masalah berat badan yang bertambah berbanding mereka yang mengalami pengurangan berat badan.

-Infeksi (jangkitan) pada vagina
Apabila kandungan glukosa dalam badan meningkat, cecair yang dihasilkan oleh tubuh termasuk peluh akan mengandungi kadar glukosa yang tinggi. Kebanyakan bakteria dan kulat suka akan persekitaran yang mengandungi kandungan gula yang tinggi. Pesakit wanita biasanya mengadu tentang ketidakselesaan yang dialami di kawasan sulit akibat keradangan dan juga penghasilan cecair yang berbau di kawasan sulit.

Apakah standard yang mengesahkan seseorang pesakit itu menghidap diabetes?

1. ‘Casual plasma glucose’ (Glukosa dalam plasma) sama atau melebihi 200 mg/dl (milligrams per deciliter) beserta simptom-simptom diabetes seperti yang dinyatakan di atas. (Kandungan ‘glukosa dalam darah adalah berdasarkan pesakit mengambil makanan secara normal)

2. ‘Fasting plasma glucose’ (Glukosa dalam plasma) sama atau melebihi 126 mg/dl atau 7 mmol/L (millimoles per liter). (Kandungan glukosa dalam darah adalah berdasarkan pesakit tidak mengambil sebarang makanan 8 jam sebelum ujian dilakukan)

3. ‘Blood glucose’ (Glukosa dalam darah) sama atau melebihi 200 mg/dl atau 11.1 mmol/L setelah dua jam mengambil 75 gram glukosa melalui pemakanan. Ujian ini dikenali sebagai Oral Glucose Tolerance Test.

Walaupun pada ujian pertama, keputusannya adalah positif, berkemungkinan besar ujian kali kedua adalah diperlukan bagi memastikan keputusan ujian pertama.

Sumber: Diabetes For Dummies (3rd edition), Alan L. Rubin. MD, Wiley Publishing Inc. Indiana



Lagi Pautan  Menarik SeluasLautan.Com :