ALIF
Karya: Aisha Ardini
“ Adik! Jangan tarik upih tu! Naik atas rumah!,” teriak Mak Som kepada Alif, anak bongsunya yang sibuk menarik upih mengelilingi pokok rambutan berdekatan tangga rumah.
“Adik tak nak naik lagi,” Balas Alif degil. Ditariknya seluarnya yang hampir tertanggal akibat lariannya tadi ke pinggang.
“ Mak kata naik! Dah maghrib dah. Nak disembunyikan hantu raya ke?,” berkerut dahi Mak Som memarahi anaknya. Anak bongsunya itu memang degil. Sengaja dia takutkan Alif agar anaknya itu mendengar arahannya.
Alif menarik muka masam. Dihentak kakinya ke tanah. Hatinya belum puas bermain. Dilemparnya upih tadi jauh-jauh sebagai tanda protes.
Dipanjatnya tangga rumah perlahan-lahan sambil jari jemarinya mengoyak kecil sehelai daun yang dipetiknya tadi. Jelas hatinya membentak. Sengaja dia memuncungkan bibirnya, ingin menunjukkan ketidak puasan hatinya pada ibunya.
Mak Som menggelengkan kepalanya. Sejak peninggalan arwah suaminya, Pak Tam 2 tahun lepas, perangai Alif makin menjadi-jadi. Tegurannya umpama mencurah air ke daun keladi. Mandi sungai, memanjat pokok, mencuri durian di dusun jirannya dan pelbagai lagi kenakalan Alif yang memeningkan kepalanya.
Mungkin salah dia juga. Terlalu memanjakan anak sehingga Alif sukar dibentuk dan degil. Hatinya sayu setiap kali ingin menghukum Alif apabila anaknya melakukan kesalahan. Teringat Mak Som yang Alif pernah patah kaki kanannya akibat jatuh dari pokok rambutan yang dipanjatnya. Tangisan Alif kesakitan merentap jiwa keibuannya. Diusap kepala Alif lembut. Air matanya laju membasahi pipi, bimbang akan anaknya. Nasib baik Pak Ramli, jirannya membawa Alif ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Anaknya itu bakal mencecah umur 7 tahun pada bulan hadapan. Runsing juga dia nanti. Bagaimanalah Alif menghadapi harinya di sekolah kelak. Mungkin disiplin yang akan dipelajarinya di sekolah nanti boleh mendidik jiwanya.
Mak Som menutup dan lantas mengucil pintu sebaik sahaja Alif memasuki rumah. Alif segera ke dapur, mengambil gelas diatas meja, lantas diisi air dan diminumnya. Dahaga barangkali akibat terlalu aktif petang tadi.
Anaknya yang sulung, Salmah sibuk menghiris bawang putih manakala anaknya yang kedua, Aisyah mengupas bawang merah di meja dapur. Sejuk hati Mak Som melihat kedua anak daranya itu. Salmah merupakan pelajar tingkatan tiga di sekolah berdekatan rumahnya manakala Aisyah baru berumur sebelas tahun.
Anaknya itulah yang menjadi pengubat hati dan kerinduan kepada arwah suaminya yang juga merupakan bekas askar. Teringat dia akan pesanan suaminya yang terakhir agar menjaga anak-anak mereka sebaik mungkin sehingga mereka berjaya. Akan dipegang janjinya itu sehingga akhir hayatnya.
“ Mak, Alif kacau Cah!,” jerit Aisyah mengadu. Alif tersenyum seperti kerang busuk selepas menarik rambut ikal Aisyah dan berlari ke ruang tamu. Mata Aisyah mula berair. Sakit barangkali. Mungkin juga sebab Aisyah manja, mudah menangis.
“Alif! Datang sini!,” teriak Mak Som. Geram juga hatinya melihat tingkah laku Alif. Nakal betul.
“Cah kacau Alif dulu! ,” Sayup jeritan Alif dari ruang tamu.
“Mak kata datang sini! Nak mak rotan?,” tegas Mak Som. Alif mula muncul di pintu dapur. Dituruninya tangga dapur perlahan-lahan dan menunduk.
“Mak nampak Alif tarik rambut Cah tadi.Kenapa?,” tanya Mak Som dengan nada marah.
“Cah usik Alif. Dia kata Alif kahwin dengan Qistina besar nanti. Qistina hodoh!,” balas Alif dengan muka tidak berpuas hati.
“Cah tak cakap macam tu pun,” nafi Aisyah. Air matanya mula menitis.
“ Habis Cah cakap apa?,” tanya Mak Som. Aisyah tunduk dan jarinya menguis meja. Mungkin salah Aisyah juga, suka mengusik adik lelakinya itu. Mak Som mengeluh perlahan.
“Mah dengar tadi Cah cakap adik kahwin dengan Qistina nanti,” Salmah membalas, memberitahu yang sebenarnya.
“ Dah adik suka sangat main dengan Qisitina. Cah cakap la macam tu,” potong Aisyah mempertahankan diri.
“ Cah, tak baik usik adik macam tu. Biarlah dia kalau dia main dengan Qisitina pun. Bukannya salah. Kenapa nak cakap macam tu pulak kat adik. Dah tau adik marah kalau cakap macam tu, kenapa usik juga?,” Tegur Mak Som. Aisyah suka benar mengusik adiknya. Akhirnya, dia juga yang akan menangis akibat Alif yang cuba membalas dendam.
Alif tersenyum menang. Terasa puas hatinya. Kemenangan terasa menjadi miliknya. Padan muka Cah. Suka sangat kacau orang. Suka sangat gosipkan dia dengan Qistina. Qistina hodoh,gemuk, hitam. Padan muka Cah kena marah mak.
“Alif, tak baik kata Qistina hodoh. Dia makhluk Allah juga. Ada perasaan. Ada hati. Mesti dia sedih kalau dia dengar Alif cakap macam tu kat dia,” tambah Mak Som lagi. “Alif suka kalau Mak cakap Alif hodoh?,” tanya Mak Som, sengaja ingin menduga.
Alif menggeleng-geleng kecil. Senyumannya tadi masih lagi terpamer di wajahnya, masih belum pudar. Dia hanya memberikan respons pendek, agar ibunya tidak memberi leteran yang panjang lebar. Aisyah masih lagi tunduk. Merajuk agaknya.
“Cah, lain kali jangan buat lagi. Jangan ulang lagi. Nanti Cah juga yang menangis, macam sekarang ni,” tambah Mak Som lagi. Aisyah mengangguk-angguk. Kecil benar hatinya. Ibunya langsung tidak memarahi Alif yang menarik rambutnya tadi. Terasa seperti hendak putus saja rambutnya tadi.
“ Alif, pergi mandi baru boleh makan malam,” arah Mak Som. Alif segera ke bilik ibunya, lantas ditarik kuat tuala yang tersangkut dengan gagahnya. Dibelitnya tuala di kepalanya dan berlari menuju ke bilik mandi
Mak Som menyapu halaman rumahnya. Banyak daun-daun yang gugur semalam akibat hujan yang lebat. Teringat dia semasa suaminya masih ada . Pagi sebegini, sudah tentu dia menyediakan kopi dan karipap kegemaran suaminya. Suaminya akan berada di beranda menghirup kopi sambil membaca surat khabar manakala dia sibuk menyapu daun-daun kering yang berguguran. Kemudian, pasti dia akan menjadi pendengar setia suaminya yang petah berbicara memberi komen tentang berita terbaru yang dia baca. Kadang-kadang mereka berselisih pendapat, namun bila difikirkan balik, banyak pendapat suaminya yang ada betulnya juga. Alangkah rindunya dia saat itu. Dia tersenyum.
Namun Allah lebih menyayangi suaminya. Suaminya meninggalkan dia bersama 3 anak yang masih kecil akibat kemalangan jalan raya. Saat dia menerima berita itu, hatinya hancur. Hidupnya seseolah gelap gelita. Dia seseolah keseorangan di dunia sendiri. Hidupnya dirasakan seperti tiada tempat tujunya lagi.
Anaknya itulah sumber kekuatan untuk dia berdiri. Sumber inspirasi untuk dia terus menghirup nafas dan menghadapi hari seterusnya. Menatap wajah Alif benar-benar mengingatkan dia pada suaminya. Alif mirip benar dengan wajah arwah suaminya. Mata yang bulat. Muka bujur sireh. Berkening lebat. Berkulit sawo matang.
Dikumpulkan daun-daun yang disapunya setempat berhampiran reban ayam. DIlihatnya Alif sibuk mengumpul dahan-dahan kering.
“Alif nak buat apa dengan kayu-kayu tu?,” tanya Mak Som kehairanan. Alif mengangkat mukanya memandang Mak Som.
“Nak bakar,” jawabnya pendek. Dia terus mengutip dahan-dahan kecil .
“Eh. Tak usah bakar. Biar mak buat. Jangan main api,” marah Mak Som. Alif menarik muka masam. Dilonggokkan setempat hasilnya tadi berhampiran reban ayam. Dia terus berlari ke rumah Pak Ramli, mencari Qistina barangkali.
Mak Som menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya Alif tidak melawan. Lantas Mak Som ke dapur, mencari pemetik api. Dibakarnya daun-daun kering yang dikumpulkannya tadi sedikit jauh dari reban. Hatinya tersenyum puas. Halamannya kelihatan agak bersih dan kemas. Mak Som menuju ke dapur untuk memasak makanan tengahhari nanti.
Disiangnya ikan selayang yang dibeli di pasar pagi tadi. Dikisarnya bawang putih,bawang merah, dan lada kering untuk dijadikan ikan masak merah. Salmah amat menggemari ikan masak merah. Mak Som tersenyum. Tadi sewaktu dia ke ruang tamu, dilihatnya Salmah sibuk mengulang kaji. Anaknya yang sulung itu bijak. Dia bersekolah di sekolah berasrama penuhi semasa tingkatan satu. Namun, sejak kematian Pak Tam, Salmah berpindah ke sekolah harian biasa berdekatan rumahnya. Alasannya, dia ingin menemani Mak Som.
“Mak! Adik kena api,” terdengar teriakan Aisyah dari halaman rumah. Tangisan Alif mula mencapai telinga Mak Som.
“ Ya Allah,” Spontan Mak Som bergegas ke halaman rumah. Ditinggalkan ikan yang siap disiang di sinki. Matanya meliar mencari Alif. Dilihatnya Alif meraung kesakitan sambil memegang jarinya.Dirangkulnya Alif.
“Kenapa ni?,” tanya Mak Som ingin tahu dan memandang Aisyah, meminta jawapan.
“ Cah nampak adik bakar getah tayar motor tadi, terkena getah yang cair kot,” jawab Aisyah.
Mak Som segera mengangkat Alif ke pili berdekatan tangga rumah. Dibasuhnya telapak tangan Alif yang mula merah. Melecur agaknya.
Tangisan Alif mula mereda. Lega rasanya bila telapak tangannya dibasuh dengan air paip yang sejuk. Dikesatnya hingus dan air mata yang meleleh dengan bajunya menggunakan tangan kiri.
“Adik nakal sangat,” komen Salmah yang muncul di beranda. Diperhatikan Mak Som yang sibuk membasuh tangan Alif. Kosentrasinya terganggu tadi apabila terdengar tangisan Alif yang kuatnya boleh meretakkan dinding rumah.
“Tadi mak dah pesan kat adik jangan main api. Adik main juga. Kenapa degil sangat ni ha?,” marah Mak Som. Tangisan Alif mula makin meninggi. Mungkin inginkan belas kasihan ibunya.
Ditutupnya pili lantas dibawa Alif ke ruang tamu. Disapukan sedikit minyak untuk melegakan kesakitan Alif. Mata Alif masih merah dan dia tersedu sedan.
“Lain kali, jangan nakal lagi. Tengok apa jadinya bila Alif nakal,” tambah Mak Som lagi. Timbul perasaan belas kasihan di hatinya melihat Alif. Dahinya berkerut menahan kesakitan sewaktu Mak Som melumurkan minyak di tapak tangannya. Mungkin dia cuba melawan kesakitan yang dirasainya.
“Dah. Jangan nakal-nakal lagi,” pesan Mak Som. Alif tunduk dan mengesat hingusnya. Kesakitannya sedikit berkurangan. Dia menuju ke sofa dan menonton rancangan kartun bersama Aisyah.
Mak Som tergeleng-geleng. Runsing benar dia dengan tingkahlaku Alif. Bimbang sekiranya perkara yang lebih buruk bakal terjadi.
Malam itu Mak Som sibuk menjahit baju melayu untuk Alif. Baju melayu lamanya yang berwarna biru agak lusuh, jadi Alif meminta baju melayu baru. Pada perkiraannya, ingin dia siapkan baju melayu tersebut malam itu juga. Pasti Alif gembira dengan baju melayu yang baru.
Terasa keletihan yang semakin meninggi setiap saat. Dilihatnya seluar baju melayu tersebut yang berwarna hijau pucuk pisang yang hampir siap. Mesti kelihatan comel bila Alif memakai baju melayu ini nanti. Mak Som tersenyum.
Dia ingin berehat sebentar. Matanya letih kerana terlalu fokus pada jahitannya tadi. Mak Som mula bangun dan menuju ke dapur. Dibancuhnya air kopi dan dihirup perlahan. Lega sedikit keletihannya. Dibawanya kopi tersebut menuju ke ruang tamu.
Dilihatnya lampu bilik Salmah masih belum terpadam. Jam besar yang tersangkut di dinding menunjukkan pukul 12.15 pagi. Ditinggalkan air kopinya diatas meja berhampiran sofa dan menuju ke bilik Salmah. Perlahan-lahan pintu bilik itu dikuak. Salmah yang sibuk menelaah di mejanya berpaling.
“Oh, mak,” tegur Salmah spontan. Mak Som tersenyum. Rajin benar anaknya itu.
“Mak saja datang tengok Salmah buat apa. Kan dah lewat malam ni,” balas Mak Som sambil berdiri di sebelah Salmah. Meja Salmah penuh dengan nota yang ditulisnya. Lukisan berbentuk paip yang dilabelkan ‘artery’ dan ‘vein’ menarik mata Mak Som.
“ Salmah belajar sains ni. Saja ulangkaji sikit,” balas Salmah. Mak Som tersenyum dan duduk di katil. Aisyah nyenyak tidur di katil yang dikongsinya bersama Salmah. Mak Som membelai-belai kepala Aisyah. Nyenyak sungguh dia tidur.
“Salmah belajar la betul-betul ya. Biar jadi orang yang berjaya. Bukan macam mak, setakat kenal ABC. Mak teringin sangat nak tengok anak –anak mak berjaya. Mesti arwah ayah bangga nanti,” ucap Mak Som perlahan. Tiba-tiba hatinya merasa sayu.
“InsyaAllah mak,” balas Salmah sambil tersenyum. Dia memang ingin melakarkan kejayaan. Sejak pemergian ayahnya, terasa hidup makin sukar. Masalah kewangan makin bertambah. Nasib baik duit pencen ayahnya ada. Cukuplah untuk menyara mereka sekeluarga.
“Salmah jaga la juga adik baik-baik ya. Pastikan mereka berjaya kelak. Akhlak mereka pun Salmah kena tengok-tengokkan juga,” pesan Mak Som.
“Baiklah mak,” jawab Salmah pendek. Dia tahu tanggungjawabnya sebagai anak yang sulung. Adik-adiknya sudah menjadi tanggungjawabnya. Sebab itulah dia mengambil keputusan untuk berpindah ke sekolah harian biasa. Dapatlah dia menemani ibunya dan menjaga adik-adiknya.
“Mak nak pergi sambung menjahit baju adik. Sikit lagi nak siap,” ucap Mak Som.Bangunnya perlahan menuju ke pintu.
Petang itu agak panas berbanding hari yang sebelumnya. Alif berjalan-jalan sendirian. Hatinya mengomel. Tadi dia bergaduh dengan Qistina, anak Pak Ramli. Dia berebutkan kad yang mempunyai lukisan kartun yang ditemuinya di tepi jalan semasa sibuk bermain lompat tali. Qistina mengatakan kad itu sepatutnya menjadi miliknya memandangkan dia yang ternampak kad itu terlebih dahulu. Alif tidak puas hati. Ditariknya kad tersebut dari tangan Qistina maka terkoyaklah kad tersebut. Qistina mula menangis tetapi dipujuk oleh Mak Cik Zainab, isteri Pak Ramli.
Alif ingin pulang ke rumah. Namun hari yang masih cerah membantutkan niatnya. Lantas fikirannya terlayang ke sungai di belakang rumah Pak Ramli. Ingin sekali dia memanjat pokok yang berada di tebing sungai itu dan melihat pemandangan dari atas.
Mak Som baru sahaja selesai mandi, mengurangkan kepanasan badan akibat hari yang panas terik. Dilihatnya Salmah dan Aisyah sibuk menonton drama di televisyen. Mak Som terus ke dapur. Dibukanya tudung saji. Nasi yang disediakan untuk Alif masih belum terusik. Hatinya mula tertanya. Alif belum pulangkah?
“Salmah, Alif pergi mana?,” tanya Mak Som kepada Salmah. Salmah mengalihkan padangannya dari kaca tv dan melilau mecari bayangan Alif.
“Entahlah mak. Tadi dia bermain dengan Qisitina rasanya,” jawab Salmah.
Mak Som segera mencapai tudung terus dan ke rumah Pak Ramli.Langkahannya dilajukan. Naluri ibunya mengatakan ada sesuatu yang tidak baik akan berlaku.Sampainya di sana, dilihatnya Mak Zainab sibuk menyapu di halaman rumahnya manakala Qistina bermain anak patung di beranda.
“Assalamualaikum Zainab. Ada nampak Alif tak?,” tanya Mak Som tercungap-cungap akibat keletihan.
“Waa’laikumussalam.Oh, Som rupanya. Alif? Tadi rasanya dia ke belakang rumah,” jawab Mak Zainab spontan.
Mak Som segera ke belakang rumah Pak Ramli diikuti Mak Zainab dan Qistina. Hairan dia melihat gelagat Mak Som yang seperti ada yang tidak kena. Dahi Mak Som berkerut jelas menunjukkan kebimbangannya pada Alif.
Anak mata Mak Som meliar kiri dan ke kanan mencari Alif. Tersepaknya akar pohon menyebabkan dia hampir jatuh namun diabaikannya. Hatinya sangat bimbang. Sebaik sahaja dia sampai di sungai,matanya terpaku melihat benda hitam dan coklat muda yang tenggelam timbul dibawa arus sungai. Alif.
“Ya Allah!,”teriak Mak Som. Tanpa berfikir panjang, dia segera terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan Alif. Arus sungai yang kuat menyebabkan dia sukar untuk berenang. Dilawannya arus sungai dan berusaha mendekati Alif yang mula tenggelam. Kakinya ditolak sehabis kudrat melawan arus. Jarinya mula mencecah bahu Alif dan lantas ditariknya kuat. Terasa air mula memasuki rongga hidung dan mulutnya. Matanya mula pedih. Cuba disedutnya udara namun hanya air yang datang. Selepas itu, semuanya gelap.
Alif membuka matanya. Terasa badanya diangkat. Pandangannya kabur. Kali kedua dia tersedar, dia berada di ruang tamu. Mak Zainab berada di sebelahnya. Dia cuba bangun tapi tiada terdaya. Dilihatnya ramai yang memenuhi ruang tamu. Pak Cik Yusuf, Mak Cik Kiah, Mak Cik Su dan banyak lagi sedang membacakan Al Quran.
Alif tidak mengerti. Dia cuba bangun namun Mak Cik Zainab menyuruh dia bersabar dan berehat. Tapi hatinya tetap ingin tahu. Dipandangnya ke kanan. Dilihatnya sekujur tubuh diselimuti kain batik. Aisyah dan Salmah menangis teresak-esak di sebelah tubuh tersebut.
Digagahinya juga untuk bangun. Dilihatnya sekujur tubuh yang pucat itu adalah Mak Som. Dia terpaku dan memandangi baju melayu berwarna hijau pucuk pisang yang tersangkut di sebelahnya.

Lagi Pautan Menarik SeluasLautan.Com :
Solat yang kusyuk ialah mereka yang sentiasa sedar dan menghayati
segala pengertian dari setiap kalimah yang diucapkan didalam solatnya.
Orang yang lalai ketika menunaikan solat seolah-olah mereka tidak
merasa gerun dan takut mela.[Baca Lagi]

Wuduk menurut hukum bermaksud membersihkan anggota wuduk untuk menghilangkan hadas kecil dengan menggunakan air.Wuduk merupakan
syarat sah solat.Oleh sebab itu,diharuskan untuk kita semua berwuduk
dengan sempurna.Lafaz niat.[Baca Lagi]
Ramai saintis yang belum beragama islam memikirkan tentang kejadian
ciptaan di sekeliling mereka oleh yang Maha Mencipta dan tercari-cari
siapa yang mencipta.Sebenarya segala persoalan dan pertanyaan mereka
telah pun mempunyai jawap.[Baca Lagi]
Sebelum sesebuah keluarga dibentuk,islam telah menetapkan terlebih
dahulu pertimbangan dalam mencari pasangan dengan tujuan untuk
menjamin kesejahteraan.Rasulullah SAW melarang kecantikan dan
kekayaan menjadi ukuran se.[Baca Lagi]
kepadaku temanku (Rasulullah S.A.W.) tiga macam pesanan: Puasa 3
hari setiap bulan, sembahyang dhuha 2 rakaat dan sembahyang witir
sebelum tidur"(Riwayat Bu.,.[Baca Lagi]
Jika tujuan diadakan persandingan mengikut adat ialah untuk
memperkenalkan kepada ahli keluarga dan orang ramai kedua-dua pengantin,Maka persandingan harus dengan syarat tidak melibatkan
perkara yang jelas bertentan. [Baca Lagi]
meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil
keduanya berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Terimalah
daripada kami (amal kami....[Baca Lagi]
Konsep kesempurnaan ini dikenali sebagai syumuliyah.Islam
merupakan nikmat yang paling agung yang dikurniakan Allah
kerana ajaran islam adalah menyeluruh meliputi segala sudut
kehidupan manusia.Selain it. [Baca Lagi]
Dengan nama Allah,Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.
(Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami!
Janganlah Engkau mengirak. [Baca Lagi]
Terdapat pelbagai peristiwa telah dijelaskan dalam Al- Quran,antaranya
Surah Saad Ayat 41,Maksudnya: Dan [ingatlah peristiwa] hamba kami;
Nabi Ayub ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata : Sesungguhnya aku diganggu [Baca Lagi]