5 Kelebihan MLM (Multi Level Marketing)




Mungkin ramai yang sudah mengenali apakah itu MLM (Multi Level Marketing). Walaupun sedemikian, masih ingin saya berkongsi kepada pembaca 5 kelebihan MLM yang asas yang perlu pembaca tahu.

1.Modal Kecil
Kebanyakan syarikat MLM menawarkan modal yang cukup rendah untuk menjadi pengedarnya yang sah. Namun ia mampu memberi pulangan yang cukup besar. Ini kerana ia berkonsepkan perniagaan pelbagai peringkat. Perniagaan anda berjalan melalui ‘downline’ yang anda taja. Andai kata anda sakit dan terpaksa berehat, perniagaan anda tetap berjalan.

Memulakan perniagaan sendiri memerlukan modal yang cukup besar. Sebagai contoh, perniagaan berasaskan burger memerlukan modal sekurang-kurangnya RM 2000. Itu termasuk modal untuk pembelian stok (daging, roti dan sebagainya), tempat perniagaan, dan sebarang peralatan yang diperlukan untuk memasak. Perniagaan konvensional sebegini memerlukan tenaga yang cukup tinggi. Mungkin anda perlu bekerja keras 12 jam sehari bagi memastikan modal kembali dan juga sedikit keuntungan.






 

2.MLM Tidak Memerlukan Tempat Khas
Pasti ramai yang sedia maklum, perniagaan MLM tidak memerlukan pengedarnya mempunyai bangunan khas untuk pengedarnya melakukan perniagaan. Ini bermaksud, pengedarnya bebas melakukan perniagaan di mana sahaja, tidak terikat pada satu tempat sahaja.

Malah, seiring dengan perkembangan teknologi terkini, pengedar MLM juga boleh melakukan pemasaran melalui internet, mungkin dengan penggunaan blog, laman web dan juga jaringan social seperti Facebook, Twitter dan banyak lagi.

Maka, tiada kos yang tinggi diperlukan untuk menyewa atau membeli bangunan khas untuk tujuan pemasaran, sekaligus dapat mengurangkan modal. Anda juga boleh melakukan pemasaran ke seluruh negara dan juga di luar negara tanpa memerlukan tapak khas. Bukankah ini hebat?

3.MLM Tidak Memerlukan Kelulusan dan Kemahiran Yang Tinggi.
Melibatkan diri dalam perniagaan MLM tidak memerlukan pengedarnya memiliki kelulusan diploma mahupun ijazah. Memadai sekiranya anda pandai membaca, menulis dan mengira. Dan yang paling penting, keinginan untuk berjaya haruslah tinggi dan sanggup menghadapi rintangan yang bakal mendatang.

Dunia telah menyaksikan ramai yang telah berjaya dalam perniagaan MLM tanpa mempunyai sjil diploma ataupun kelulusan ijazah dalam bidang perniagaan. Ini menjadikan golongan pelajar yang masih belajar di universiti mahupun di kolej juga boleh melakukan perniagaan MLM. Apa yang perlu dilakukan hanyalah sekadar mendapat bimbingan daripada ‘upline’ anda dan seterusnya melakukan pemasaran.

4.Risiko Rendah
MLM merupakan perniagaan yang bergerak secara jemaah melalui penajaan. Dengan konsep ini, ia menjadikan MLM perniagaan yang berisiko rendah. Sebab itulah, ada saatnya ketika anda berehat, anda masih melakukan pemasaran kerana ‘downline’ anda melakukan pemasaran dengan aktifnya.

5.Menjadi Bos Kepada Diri Sendiri
Ramai yang merungut kerana keletihan selepas seharian bekerja di pejabat. Malah, jika kerja yang dilakukan tidak memuaskan hati pihak atasan, terpaksalah melakukan kerja yang lebih kurang sama sekali lagi. Lebih memeritkan apabila gaji yang diperolehi tidak selari dengan tenaga yang dialirkan.

Dengan MLM, anda adalah bos kepada anda sendiri. Anda tidak terikat dengan sesiapa untuk bekerja. Anda bebas menentukan waktu kerja anda, sama ada pagi, tengah hari, petang mahupun malam. Anda juga bebas bergerak ke mana sahaja, tidak terperuk 12 jam di tempat yang sama.

Ciri-ciri inilah yang menjadikan perniagaan MLM sesuai dijadikan sumber pendapatan utama mahupun sampingan. Mungkin ada yang memandang rendah dan memandang serong pada perniagaan MLM, namun janganlah sehingga kerana ada yang mencalit debu, terus anda menutup mata.

Mudah-mudahan nota ini dapat memberi manfaat kepada pembaca sekalian.

Kepada mereka yang sudah melibatkan diri dalam perniagaan MLM, Selamat Maju Jaya saya ucapkan. Semoga ‘networking’ anda terus berkembang dengan hebatnya!


Oleh: Aisha Ardini

Lagi Pautan  Menarik SeluasLautan.Com :

Semoga perkongsian kali ini dapat memberikan sedikit info yang
bermanfaat sempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini.Saya
ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan AL-Mubarak dan Selamat
Berpuasa kepada anda kerana [Baca Lagi]

Adakah Usus Anda Bertoksik?? Toksin di usus besar memberikan
sumbangan lebih daripada 90% daripada pelbagai masalah kesihatan,
termasuk kepenatan,daya ingatan lemah, mulut berbau, retensi air,
berjerawat dan penuaan awal  [Baca Lagi]

Nabi Adam a.s adalah manusia pertama yang diciptakan Allah dan
ditempatkan di dalam syurga sebelum dihantar ke dunia dan menjadi
manusia pertama yang menghuni bumi ini.Mengapa manusia pertama
diciptakan Allah lelaki? hanya.[Baca Lagi]

Solat yang kusyuk ialah mereka yang sentiasa sedar dan menghayati
segala pengertian dari setiap kalimah yang diucapkan didalam solatnya.
Orang yang lalai ketika menunaikan solat seolah-olah mereka tidak
merasa gerun dan takut mela.[Baca Lagi]

Wuduk menurut hukum bermaksud membersihkan anggota wuduk untuk menghilangkan hadas kecil dengan menggunakan air.Wuduk merupakan
syarat sah solat.Oleh sebab itu,diharuskan untuk kita semua berwuduk
dengan sempurna.Lafaz niat.[Baca Lagi]

Ramai saintis yang belum beragama islam memikirkan tentang kejadian
ciptaan  di sekeliling mereka oleh yang Maha Mencipta dan tercari-cari
siapa yang mencipta.Sebenarya segala persoalan dan pertanyaan mereka
telah pun mempunyai jawap.[Baca Lagi]

Sebelum sesebuah keluarga dibentuk,islam telah menetapkan terlebih
dahulu pertimbangan dalam mencari pasangan dengan tujuan untuk
menjamin kesejahteraan.Rasulullah SAW melarang kecantikan dan
kekayaan menjadi ukuran se.[Baca Lagi]

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah S.A.W. bersabda,"Telah berpesan
kepadaku temanku (Rasulullah S.A.W.) tiga macam pesanan: Puasa 3
hari setiap bulan, sembahyang dhuha 2 rakaat dan sembahyang witir
sebelum tidur"(Riwayat Bu.,.[Baca Lagi]

Jika tujuan diadakan persandingan mengikut adat ialah untuk
memperkenalkan kepada ahli keluarga dan orang ramai kedua-dua pengantin,Maka persandingan harus dengan syarat tidak melibatkan
perkara yang jelas bertentan. [Baca Lagi]


Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail
meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil
keduanya berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Terimalah
daripada kami (amal kami....[Baca Lagi]


Konsep kesempurnaan ini dikenali sebagai syumuliyah.Islam
merupakan nikmat yang paling agung yang dikurniakan Allah
kerana ajaran islam adalah menyeluruh meliputi segala sudut
kehidupan manusia.Selain it. [Baca Lagi]

Dengan nama Allah,Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.
(Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami!
Janganlah Engkau mengirak. [Baca Lagi]

Terdapat pelbagai peristiwa telah dijelaskan dalam Al- Quran,antaranya
Surah Saad Ayat 41,Maksudnya: Dan [ingatlah peristiwa] hamba kami;
Nabi Ayub ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata : Sesungguhnya aku diganggu  [Baca Lagi]