Bayi Tolak Susu Badan

Saya ingin kongsikan salah satu email dari pembaca MyMetro di dalam kolum Tanya Pakar, yang bertajuk- Bayi tolak susu badan. Di bawah adalah petikan email dari beliau:

Bayi tolak susu badan

SAYA ibu kepada seorang bayi lelaki berusia empat setengah bulan. Saya bersalin melalui kaedah Caesarean dan selepas melahirkan anak, hanya mampu menyusukan bayi selama sebulan.

Keadaan ini agak mengecewakan kerana saya berazam untuk menyusukan anak melalui susu badan.

Masalahnya bayi saya menolak untuk diberikan susu badan kerana lebih selesa menyusu botol. Mungkin ketika itu air susu badan saya agak berkurangan.

Adakah sebarang alternatif untuk mengaktifkan kembali air susu badan? Bagaimana memujuk bayi saya supaya dapat menerima susu badan walaupun dia sudah biasa menyusu susu botol?

IBU RESAH
Kuching, Sarawak

MEMBINCANGKAN persoalan anda sama seperti wanita yang ingin menyusukan bayi angkat. Untuk menghasilkan susu badan, ia memerlukan semangat dan kerajinan kerana hasilnya tidak kelihatan dalam sekelip mata.

Faktor utama adalah rangsangan manual terhadap puting payudara kerana ia membantu menghasilkan hormon oksitosin yang akan memancutkan susu dari payudara.

Terdapat ubat yang dikatakan dapat membantu menghasilkan susu di dalam payudara walaupun sebenarnya ia hanyalah satu daripada kesan sampingan ubat terbabit iaitu ubat itu dihasilkan atau dipasarkan bukan untuk kegunaan menghasilkan susu badan.

Dipetik dari: hmetro.com.my

Di dalam email tersebut beliau meminta alternatif untuk meningkatkan jumlah susu badan agar beliau dapat terus menyusukan bayi dan tidak lagi bergantung pada susu botol. Antara alternatif yang dicadangkan di dalam kolum tersebut adalah dengan ransangan manual pada puting susu untuk menghasilkan hormon oksitosin, serta pengambilan ubat yang dapat memberikan kesan untuk penghasilan susu badan.

Tidak dinafikan ramai golongan ibu yang mengalami masalah yang sama, malah banyak tips-tips serta makanan tambahan yang diamalkan oleh golongan ibu untuk menambahkan susu badan ketika bulan puasa dalam artikel saya yang lepas. Salah satu makanan tambahan yang diamalkan untuk menambahkan jumlah susu adalah Spirulina, terdapat banyak perkongsian  masalah tersebut antaranya berikut :

raihannur
"all mommies..just nak share idea..saya makan supplement spirulina..try berpuasa 3 hari..ALHAMDULLILAH...susu banyak dan bertenaga even baby menyusu sbelah petang.."

Lawati Spirulina, bulan puasa, dan ibu-ibu untuk baca testimoni seterusnya serta tips-tips  lain dari golongan ibu. Sememangnya banyak kebaikan Spirulina sebagai makanan tambahan, bukan sahaja kaya dengan vitamin dan nutriens, juga kaya dengan anti oksidan untuk memelihara sel-sel badan daripada radikal bebas yang mengakibatkan pengoksidaan di dalam badan dan mendorong berlakunya penyakit kardiovaskular, tekanan darah tinggi, strok dan sebagainya berlaku.

Selain dari itu, kandungannya yang semulajadi juga menjadikan Spirulina adalah makanan yang sesuai untuk semua peringkat umur - bayi, kanak-kanak, dewasa serta golongan tua. 


Anda Mungkin Juga Meminati :

Ramai saintis yang belum beragama islam memikirkan tentang
kejadian ciptaan  di sekeliling mereka oleh yang Maha Mencipta
dan tercari-cari siapa yang mencipta.Sebenarya segala persoalan
dan pertanyaan mereka telah pun mempunyai jawapan yang tersirat
disebalik kata-kata Allah didalam Al Quran.[Baca Lagi]

Sebelum sesebuah keluarga dibentuk,islam telah menetapkan terlebih
dahulu pertimbangan dalam mencari pasangan dengan tujuan untuk
menjamin kesejahteraan.Rasulullah SAW melarang kecantikan dan
kekayaan menjadi ukuran semata-mata dalam memilih isteri tetapi hendaklah memilih yang berpegang kepada agama..[Baca Lagi]

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah S.A.W. bersabda,
"Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah S.A.W.) tiga
macam pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, sembahyang
dhuha 2 rakaat dan sembahyang witir sebelum tidur"
(Riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani)...[Baca Lagi]

Jika tujuan diadakan persandingan mengikut adat ialah untuk memperkenalkan kepada ahli keluarga dan orang ramai
kedua-dua pengantin,Maka persandingan harus dengan
syarat tidak melibatkan perkara yang jelas bertentangan dengan
agama Islam diantaranya seperti.. (Baca Lagi)



Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail
meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil
keduanya berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Terimalah
daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha
Mendengar, lagi Maha mengetahui (Al Baqarah 127). (Baca Lagi)


Konsep kesempurnaan ini dikenali sebagai syumuliyah.Islam
merupakan nikmat yang paling agung yang dikurniakan Allah
kerana ajaran islam adalah menyeluruh meliputi segala sudut
kehidupan manusia.Selain itu,islam juga mementingkan jihad dan
dakwah.Kesempurnaan ini juga jelas.. [Baca Lagi]


Dengan nama Allah,Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.
(Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami!
Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami
tersalah.Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau .. [Baca Lagi]


Terdapat pelbagai peristiwa telah dijelaskan dalam Al- Quran,antaranya
Surah Saad Ayat 41,Maksudnya: Dan [ingatlah peristiwa] hamba kami;
Nabi Ayub ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata : Sesungguhnya aku diganggu oleh syaitan dengan (hasutannya semasa
aku ditimpa) kesusahan & azab seksa (penyakit) [Baca Lagi]