Khasiat Quaker Oat


Tahukah anda bahawa untuk menjaga kesihatan jantung, anda hanya perlu memakan sekurang-kurangnya 70g. oat setiap hari?

Oat sudah bertahun lamanya terkenal kerana khasiat kebaikannya kepada kesihatan kita secara keseluruhan, terutama sekali kepada kesihatan jantung.Ia bermula pada tahun 1854 apabila ‘Raja Oatmeal’ Ferdinand Schumacher memperkenalkan oat di Amerika dan menganggap oat sebagai tambahan yang sihat kepada pemakanan. Dakwaannya kini sudah dibuktikan secara saintifik.

Kini, pakar-pakar pemakanan dan diet memberi penekanan terhadap keberkesanan oat sebagai rumusan paling semulajadi untuk menjaga kesihatan dan mencegah penyakit jantung.Oat mengandungi serat larut yang secara aktif menyerap dan membantu menghapuskan kolesterol berlebihan yang boleh menyumbat arteri anda dan menyebabkan penyakit jantung.

Pengambilan oat membantu menurunkan tahap kolestrol dan akhirnya menjadikan jantung lebih sihat!Penyelidikan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat secara tetap benar-benar berkesan untuk menurun dan memperbaiki tahap kolesterol.Untuk membuktikan hakikat ini, Quaker Oats, syarikat bijirin tertua di dunia telah melancarkan program Cabaran Jantung Sihat Quaker dengan syarikat penyiaran satelit terkenal ASTRO (2004) dan institusi kewangan Citibank (2005).

Kakitangan ASTRO dan Citibank telah dijemput menyertai cabaran ini dan mereka diberi sarapan 70g oat Quaker sehari selama satu bulan. Sarapan mereka disediakan dalam pelbagai cara dan gaya hidangan menggunakan emping oat Quaker sepanjang bulan.Pada akhir bulan, ujian-ujian yang dijalankan menunjukkan bahawa mereka berjaya menurunkan kolesterol mereka antara 0.1mmol/L dan 3.5mmol/L.

Menjaga kesihatan jantung anda adalah semudah mengambil oat setiap hari.
Sebagai contoh, Quaker Quick Cooking Oatmeal dan Quaker Instant Oatmeal bukan sahaja boleh dijadikan sajian makanan yang berkhasiat dan mengenyangkan, malah ia juga memberikan banyak manfaat kesihatan. Kedua-dua produk ini boleh didapati di mana-mana pasar raya berhampiran.

Emping oat bukan sahaja berkesan menurunkan tahap kolesterol darah tetapi juga menjamin kesihatan usus dengan menyediakan sumber nutrien secara perlahan-lahan dan konsisten seperti mana yang diperlukan untuk membaharui sel-sel usus.Serat merangsangkan pengeluaran air liur, yang memudahkan anda mengunyah dan menelan. Apabila berada dalam perut, ia membantu mencairkan kandungannya, menjadikannya lebih mudah untuk dihadam.

Serat dalam usus kecil membantu memperlahankan kadar penghadaman nutrien dalam makanan. Ini memastikan semua nutrien dalam makanan digunakan oleh badan.Serat juga membantu mencegah banyak masalah ketidakselesaan yang dialami oleh orang tua, seperti sembelit dan buasir.

Oat mengandungi lebih banyak kalsium, protein, magnesium, zat besi, zink, kuprum (copper), mangan (manganese), tiamin dan vitamin E berbanding makanan bijirin lain seperti gandum dan rai.Seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, oat mengandungi fitokimia yang merupakan bahan kimia semula jadi dalam tumbuh-tumbuhan yang membantu menentang penyakit.

Oat secara khusus mengandungi banyak flavonoid yang merupakan antioksidan yang amat berkesan untuk membantu mencegah penyakit jantung.Oat adalah juga makanan yang ideal untuk semua peringkat umur. Mudah diterima sebagai makanan pepejal permulaan untuk bayi dan juga orang tua, oat kerap digunakan dalam program membantu mangsa kebuluran kerana keupayaannya membekalkan khasiat pemakanan berkualiti secara tidak mahal.

Oat kini menjadi kegemaran di kalangan chef pastri untuk mencipta roti, biskut, mufin dan kek yang paling lazat dan sihat! Quaker mempunyai beberapa resipi masakan tempatan terkenal yang menggunakan oat seperti Rendang Ayam Quaker dan Pegedil Quaker.Ada yang menambah emping oat ke dalam sajian kari kerana ia menjadikan kuah kari lebih pekat dan lebih lazat!

Anda juga boleh menggunakan oat sebagai salutan ikan dan ayam goreng. Dengan cara ini, anda boleh memuaskan cita rasa dan mendapat manfaat kesihatan daripada oat!Usaha menjaga kesihatan jantung patut dimulakan dari kecil. Ibu bapa patut menyemaikan tabiat makan oat di kalangan anak-anak mereka dengan menggalakkan sarapan emping oat dan menambah oat ke dalam masakan.

Kuasa oat tidak boleh diperkecil kerana ia memberi khasiat kebaikan dan kesihatan yang menakjubkan untuk anda dan keluarga anda. Sempena Hari Jantung Sedunia yang diperingati di seluruh dunia pada 24 September. Mulakan tabiat mengambil oat hari ini untuk menjamin jantung yang lebih sihat!

Sumber: Utusan Malaysia  ARKIB : 17/09/2006

Anda Mungkin Juga Meminati :

Ramai saintis yang belum beragama islam memikirkan tentang
kejadian ciptaan  di sekeliling mereka oleh yang Maha Mencipta
dan tercari-cari siapa yang mencipta.Sebenarya segala persoalan
dan pertanyaan mereka telah pun mempunyai jawapan yang tersirat
disebalik kata-kata Allah didalam Al Quran.[Baca Lagi]

Sebelum sesebuah keluarga dibentuk,islam telah menetapkan terlebih
dahulu pertimbangan dalam mencari pasangan dengan tujuan untuk
menjamin kesejahteraan.Rasulullah SAW melarang kecantikan dan
kekayaan menjadi ukuran semata-mata dalam memilih isteri tetapi hendaklah memilih yang berpegang kepada agama..[Baca Lagi]

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah S.A.W. bersabda,
"Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah S.A.W.) tiga
macam pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, sembahyang
dhuha 2 rakaat dan sembahyang witir sebelum tidur"
(Riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani)...[Baca Lagi]

Jika tujuan diadakan persandingan mengikut adat ialah untuk memperkenalkan kepada ahli keluarga dan orang ramai
kedua-dua pengantin,Maka persandingan harus dengan
syarat tidak melibatkan perkara yang jelas bertentangan dengan
agama Islam diantaranya seperti.. (Baca Lagi)



Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail
meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil
keduanya berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Terimalah
daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha
Mendengar, lagi Maha mengetahui (Al Baqarah 127). (Baca Lagi)


Konsep kesempurnaan ini dikenali sebagai syumuliyah.Islam
merupakan nikmat yang paling agung yang dikurniakan Allah
kerana ajaran islam adalah menyeluruh meliputi segala sudut
kehidupan manusia.Selain itu,islam juga mementingkan jihad dan
dakwah.Kesempurnaan ini juga jelas.. [Baca Lagi]


Dengan nama Allah,Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.
(Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami!
Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami
tersalah.Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau .. [Baca Lagi]


Terdapat pelbagai peristiwa telah dijelaskan dalam Al-Quran,antaranya
Surah Saad Ayat 41,Maksudnya: Dan [ingatlah peristiwa] hamba kami;
Nabi Ayub ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata : Sesungguhnya aku diganggu oleh syaitan dengan (hasutannya semasa
aku ditimpa) kesusahan & azab seksa (penyakit) [Baca Lagi]