Ciri-Ciri Isteri Solehah


* Isteri yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana ia menghormati dan menyayangi keluarganya sendiri.

* Isteri yang sentiasa menjaga aurat dari pandangan yang bukan mahramnya dan pandangan matanya sendiri. Tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan suami.


* Isteri sedia menjadikan suami sebagai ketua dalam rumah tangga mereka. Ini kerana sifat semulajadi itu Allah anugerahkan kepada lelaki.


* Isteri sedia memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suami tidak bertentangan perintah agama.


* Isteri sedia memberikan layanan dan kasih sayang yang sepenuhnya sehingga membuatkan suami berasakan rumah tangganya adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan dari sebarang masalah kerja.


* Isteri yang sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya, begitu juga dengan maruahnya sendiri ketika ketiadaan suami. Isteri mestilah memohon keizinan suaminya untuk keluar dari rumah atau untuk mengerjakan puasa sunat.


* Isteri mestilah bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar sederhana dan tidak membazir. Cara ini dapat menyelamatkan suami daripada masalah kewangan.


* Isteri yang sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasan dan kerelaan. Isteri tidak meminta sesuatu yang suami tidak mampu menunaikannya.


* Isteri yang sentiasa bersyukur dan tenang, sama ada menerima nikmat atau dugaan daripada Allah. Sedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu serta perintah Allah dengan tabah dan sabar.


* Berdiam diri sambil mendengar bila suami bercakap.


* Isteri yang sedia melayani dan memenuhi kehendak batiniah suami bila diperlukan.


* Isteri yang sentiasa menghias diri bila di hadapan suami dan

sebaliknya pula bila ketiadaan suami.

* Isteri yang menemani suaminya ke muka pintu bila ia hendak keluar dan menyambutnya dengan senyuman bila ia pulang.
 


Lagi Pautan  Menarik SeluasLautan.Com :

Wuduk menurut hukum bermaksud membersihkan anggota wuduk untuk menghilangkan hadas kecil dengan menggunakan air.Wuduk merupakan
syarat sah solat.Oleh sebab itu,diharuskan untuk kita semua berwuduk
dengan sempurna.Lafaz niat.[Baca Lagi]

Ramai saintis yang belum beragama islam memikirkan tentang kejadian
ciptaan  di sekeliling mereka oleh yang Maha Mencipta dan tercari-cari
siapa yang mencipta.Sebenarya segala persoalan dan pertanyaan mereka
telah pun mempunyai jawap.[Baca Lagi]

Sebelum sesebuah keluarga dibentuk,islam telah menetapkan terlebih
dahulu pertimbangan dalam mencari pasangan dengan tujuan untuk
menjamin kesejahteraan.Rasulullah SAW melarang kecantikan dan
kekayaan menjadi ukuran se.[Baca Lagi]

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah S.A.W. bersabda,"Telah berpesan
kepadaku temanku (Rasulullah S.A.W.) tiga macam pesanan: Puasa 3
hari setiap bulan, sembahyang dhuha 2 rakaat dan sembahyang witir
sebelum tidur"(Riwayat Bu.,.[Baca Lagi]

Jika tujuan diadakan persandingan mengikut adat ialah untuk
memperkenalkan kepada ahli keluarga dan orang ramai kedua-dua pengantin,Maka persandingan harus dengan syarat tidak melibatkan
perkara yang jelas bertentan. [Baca Lagi]


Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail
meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil
keduanya berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Terimalah
daripada kami (amal kami....[Baca Lagi]


Konsep kesempurnaan ini dikenali sebagai syumuliyah.Islam
merupakan nikmat yang paling agung yang dikurniakan Allah
kerana ajaran islam adalah menyeluruh meliputi segala sudut
kehidupan manusia.Selain it. [Baca Lagi]

Dengan nama Allah,Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.
(Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami!
Janganlah Engkau mengirak. [Baca Lagi]

Terdapat pelbagai peristiwa telah dijelaskan dalam Al- Quran,antaranya
Surah Saad Ayat 41,Maksudnya: Dan [ingatlah peristiwa] hamba kami;
Nabi Ayub ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata : Sesungguhnya aku diganggu  [Baca Lagi]