PUISI JALINAN TAK BERTALI
Karya: Aisha Ardini
Jalinan ini,
Seluas lautan memberi erti,
Mengait kisah tiada lagi bertali
Tiada apa yang aku hauskan,
Selain persahabatan bersulamkan keikhlasan,
Diselimuti kasih bertiangkan kejujuran
Namun jalinan ini,
Kau baluti dengan kabus sepi,
Kau zahirkan apa indahnya pelangi,
Namun dasar hatimu sedalamnya kau tutupi,
Sehinggakan aku tidak mampu mengenali,
Sehinggakan aku tidak mampu menyelami,
Tiada tahu tiada dapat menjejaki,
Perihal sebenar empunya diri
Sepanjang jalinan ini,
Ku zahirkan kasih tiada bertepi,
Ku taburkan sayang sepenuh hati,
Kerana aku cuba bertiangkan Ilahi,
Walau adakalanya api menduga diri,
Aku relakan semuanya seikhlas hati,
Agar dirimu lebih baik pada hari ini
Namun,
Apa harusnya kau sorok semua?
Apa mestinya aku dibutakan sedemikian rupa?
Terkelabu dek indahnya jalinan yang menggetarkan rasa,
Bukan niatku ingin mempertikaikan segala,
Sekadar meratapi hilangnya si puteri sekelip mata,
Yang pernah menawan hati pada satu ketika
Usah kau gusar,
Akan ku gulung kisah ini,
Menjadi sebahagian yang beransur pergi,
Segala apa yang telah aku coretkan,
Andai terluka ku mohon sejuta kemaafan,
Segalanya akan ku tinggalkan bersendirian,
Sebagaimana apa yang telah dikau pintakan
15 Julai 2011
3.20am
.