Puisi KeranaNya

Puisi KeranaNya
Karya:
Aisha Ardini

Terhalang dua hati,
Disatukan agar dapat bererti,
Pada jiwa minta dikasihani

Yang tersayang,
Pilihanku bukan mainan,
Tetapan yang diambil berdasarkan pengalaman,
Kematangan bukanlah halangan,
Jangan perkatakan yang bukan bukan,
Jangan dibandingkan dengan yang lepas,
Hari dari hari penuh perubahan,
Aku pula ingin maju ke hadapan,
Sudah ku melakukan perancangan,
Bukan bererti aku mengabaikan kalian,
Perjuanganku mungkin ada yang tidak faham

Yang tercinta,
Apa yang ku lalui banyak mengajari,
Apa yang ku saksi banyak memberi erti,
Tiada mahu ku meneruskan hidup sebegini,
Ada sesuatu di bahu perlu aku laksanakan,
Dunia semakin menghampiri penghujungnya,
Perlahan bersedia aku menongkahnya,
Aku perlukan teman,
Bukan kerana aku kelemahan,
Namun aku wanita itulah hakikat,
Perjuanganku tidak perlu disekat

Yang dikasihi,
Tindakanku bukan mengabaikanmu,
Bukan juga meninggalkan dirimu,
Dari mula sampai akhirnya sentiasa begitu,
Bukan sekadar berteraskan nafsu,
Akal juga menjadi pembantu,

Allah, iman dan akidahku,
Ingin aku pelihara sebaiknya,
Kejayaanku bergantung padanya,
Izinkanlah aku dan saksikanlah aku seterusnya

Aku dilahirkan bertujuan,
Dikeluarkan bukan sekadar ada,
Aku khalifah di duniaNya,
Ada sesuatu yang perlu disempurnakan,
Dia kurniakan aku sesuatu yang perlu aku gunakan,
Untuk ummah dan juga keturunan

PadaNya aku bermohon agar dipermudahkan,
Agar keduanya memahami dan tiada menghalang,
Bukalah mata dan saksikanlah dunia
Betapa perlu ada perubahan

Luahan hati,
Ingin sekali aku dimengerti

6 Mei 2010


.