Puisi Kepulangan

KEPULANGAN
Karya:
Aisha Ardini

Hatiku tersenyum,
Terlayang fikiran jauh jaraknya,
Mengingati yang tercinta,
Ketinggalan di halaman desa,
Aku rindu

Senyumannya seorang ibu,
Meruntuhkan kekusutan di jiwa,
Belaian dan pelukannya,
Memateri kasih sayang ini,
Antara dua hati,
Ukurannya tiada berhenti

Senyumannya seorang ayah,
Tatkala menyambut anaknya pulang,
Membuatkan hatiku gilang gemilang,
Tiada ungkapan dapat mencerminkan,
Hatiku dan hatinya,
Aku bahagia

Aku memohon,
Kepada Tuhan yang Maha Esa,
Berkatilah mereka berdua,
Semoga syurga menjadi singgahsana,
Tuk kekal bahagia selamanya

7 Disember 2009
7.53pm
Isnin




.