Puisi Epilog Diri IV

PUISI EPILOG DIRI IV
Karya: Aisha Ardini

Ya Ilahi,
Alangkah indahnya segala cakerawala,
Sesungguhnya hidupku ini hanyalah singgahan sementara

Ya Rabbi,
Sebagaimana begitu gelap langitmu mendung,
Sebegitulah juga hati ini terasa sungguh tersadung

Ya Rabbi,
Tatkala syaitan datang membisik,
Aku memohon jangan biarkan aku terusik!

Ya Rabbi,
Andai kesenangan memberikan aku kealpaan,
Aku rela andai ia diganti kesulitan

Ya Rabbi,
Jika hatiku tersesat tiada tahu jalan pulang,
Aku merayu jangan tinggalkan aku keseorangan

Ya Rabbi,
Tinggi melangit tiada terhitung dosa-dosaku,
Namun tiada mahu aku ke nerakaMu

Ya Rabbi,
Segala debu dosa yang aku sendiri ciptakan,
Aku merintih memohon sejuta keampunan

Ya Rabbi,
Andai Kau kurniakan aku nikmat kesulitan,
Pintaku temanilah daku dalam mencari penyelesaian

Ya Rabbi,
Saat air mata mengalir menahan kesakitan,
Kau berikanlah aku sehembus kekuatan

Ya Rabbi,
Aku hanyalah musafir di bumiMu ini,
Tunjukkanlah aku jalan ke syurgaMu yang hakiki

Ya Rabbi,
Waktu aku terliuk ke kanan dan ke kiri,
Aku memohon teguhkanlah aku sepenuh hati

Ya Ilahi,
KekuasaanMu tiada satu pun dapat menghalang
Dan aku pula insan penuh kekhilafan

3-4 Februari 2011
10.37pm




.