Ibadah Solat

Solat Sunat Dhuha
Rabu. 20 Julai 2011
Oleh: Amirul Mukminin

Solat dhuha adalah sembahyang sunat 2 rakaat atau lebih. Maksimanya ialah 12 rakaat. Daripada Abu Hurairah, Rasulullah S.A.W. bersabda, "Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah S.A.W.) tiga macam pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, sembahyang dhuha 2 rakaat dan sembahyang witir sebelum tidur" (Riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani).